Thursday, March 11, 2010

AKIBAT AMALAN MINUM AIS

Secara logik..., mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!!
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita .
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.
:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup.....

Tuesday, March 2, 2010

KETAHUI HAK-HAK ANDA APABILA DI TAHAN POLIS

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS
1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.” 1.2 Kad Kuasa Polis Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ. Lain-lain Warna : • Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas. • Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor. • Putih : Polis Simpanan Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya. 1.3 Berpakaian seragam Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya. 1.4 Kenderaan Peronda Polis Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan. 2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN 2.1 PengenaIan Diri Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda. 2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?" 2.3 Adakah anda sedang ditangkap Anda sedang ditangkap jika Polis: • menjawab "ya"; • tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau • menggari anda. Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta. 2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi). 3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN 3.1 Pernyataan 112 Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).
3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda, anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis) mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhadap anda mendesak anda supaya bekerjasama. 3.3 Membuat Pernyataan 112 Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah. • Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi). • Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan. • Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan. • Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan di dalam Nota Peribadi anda. • Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda. • Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan. 3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan. • Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda. • Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani. • Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir Pernyataan anda. 4. POLIS MENANGKAP ANDA 4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?" Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan. 4.2 Jangan melawan semasa ditangkap Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.
4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?" Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya. 4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada: 1. Keluarga atau rakan; dan/atau 2. Seorang peguam. Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC). Maklumkan kepada mereka: • yang anda telah ditangkap; • masa, tempat dan alasan ditangkap; • Balai Polis di mana anda dibawa. 4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap Anda boleh ditahan sehingga 24 jam: • Di Balai Polis, atau • Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis. 5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN 5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain. 5.2 Pakaian Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap. 5.3 Barangan peribadi Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan. 5.4 Kebajikan Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan. 5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).
6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM 6.1 Siapakah Majistret Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada 24 jam. 6.2 Tujuan Perintah Reman Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda 6.3 Berapa lamakah Perintah Reman Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis. Majistret berkenaan mempunyai budi bicara: • untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau • membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. 6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapan seorang Majistret untuk proses reman Maklumkan kepada Majistret: • anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda; • jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul; • jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan; • jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;
• sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda; • sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan. 6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll).

Thursday, February 25, 2010

HATI-HATI...TAKTIK BARU

Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah,manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompakkita..Berhati2 semua terutama para wanita.Bahaya.!!!-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )Sedarlah semua! Tolong sebar2kan.. Kita berjalan menghampiri tempatparking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine keretadan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untukmelihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balikkereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa juabenda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampaidibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluardari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Diamungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan keretaanda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalamkereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumahkita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kitatelah diperolehi!BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKANJika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita,teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur keranaanda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepadakawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi danpengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahujatuh ketangan orang lain.

PRODUK MAKANAN YANG MENYEBABKAN KANSER

1. Jika anda makan satay....jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?(Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; xxx dan lain-lain lagi. Shampoo xxx Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang- kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor.Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax keatas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS).

Monday, February 22, 2010

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran

Thursday, February 18, 2010

PORT LUCK 2010

KUMPULAN 1

> MAHAMAD NORIZAN B MUSA
>MOHD ROSLAM B ABDULLAH
>AZILAWATI BT CHE WAN
>HALIMATUN SADIAH BT ILIAS
>SITI NURFARRAH HUSNA
>MUHAMMAD AMIN BIN SA'ADON

KUMPULAN 2

>RUHISHAM B HARON
>MUHD YUSRI BIN YUSOFF
>WAN NOR RAFIZAH
>ZAHERAH BT MD NOR
>NORIZA BT MOHAMED
>NURUL HUDA BINTI MAT JUNOS
>HASIMAH BT MUHAMAD


KUMPULAN 3

>MUHAMMAD FARID WAJDIE
>MOHD NAZRI BIN PUTEH
>KAMARIAH BT SAID
>ROSNANI BINTI YUSOF
>HASIMAH BTE MOHD NOH
>SALMAH BT NONG


KUMPULAN 4

>SUIB BIN HAMID
>SAIFULLAH BIN SHARIPUDDIN
>NURUL SYABANI BINTI AB RAHMAN
>ROMLAH BINTI MAT ZAIN
>TENGKU HASLINA
>SITI NUR IZZAH BINTI ABDULLAH
>NOR AISHAH BT ABD RAZAK


KUMPULAN 5

>ZAKRI BIN ZAKARIA
>HASIMAH BT HUSIN
>PATIMAH BT MAHMOOD
>SANTY ANAK JUING
>SELASIAH BT JUHARI
>SHAMSIAH BINTI ABU SAHARY

KUMPULAN 6

>ZUL AZWAL BIN MOHAMED
>NORMAZATUL AKMA BINTI MUDA
>SITI BINTI MANAP
>ROZITA BT YUSOFF
>NOORASLINA BINTI TUKIMIN
>W. MOHAMAD FADHLILLAH

AKTIVITI & KEBAJIKAN GURU-GURU

Dikekalkan
1. Kebajikan Guru

Sumbangan Kematian Ayah, Ibu, Anak, Mertua = RM 50 + Derma guru
Musibah = RM 50 + Derma guru
Kelahiran anak = Barangan bernilai 30 setiap kelahiran
Perkahwinan = Barangan bernilai RM 50
Pindah = Barangan bernilai RM30
Kecemerlangan Anak-anak = RM5 setiap A (UPSR, PMR, SPM)

2. Perancangan & Aktiviti Kelab 2010
· Hari Keluarga- perancangan ke Port Dickson (7 & 8 MEI-Hari Hol)
· Program Harmoni Bilik Guru
· Jualan gambar setiap aktiviti pelajar (RM1)
· Hari lahir-pemberian gambar-gambar dicantumkan
· Program Turun Ke Ladang-Ladang bersama PIBG
· Pemberian kain baju batik
· Sambutan Hari Guru
· BBQ Akhir Tahun

Yuran
· Yuran Kelab RM 10 sebulan
· Yuran Pendaftran Ahli Kelab RM 10 seumur hidup

PERKARA BARU
· Kecemerlangan anak-anak peperiksaan Sekolah KAMUS – setiap A RM5- dengan syarat lulus semua subjek
· Peti sejuk boleh dialihkan dari Pejabat ke bilik guru- dgn syarat ..
· Pembelian mesin drinking air
· Projek puyuh dimansuhkan
· Semua barangan masak-memasak boleh disewakan kpd desa2..
· Penjualan air kotak pd hari koko – tertakluk kpd syarat & perubahan..
· Kpd JKK hadiah-jgn beli hadiah berlainan walaupun harga sama..beli hadiah sama rata..
· Nak buat Kad kakitangan kerajaan – untuk tujuan diskaun hotel, beli broadband & dll
· Majlis hari Lahir diadakan setiap bulan...
· Cadangan AJK- duit kelab jgn dihabiskan..
· Minta yuran tahun lepas dijelaskan

HARI KELUARGA 2010

Cadangan akan diadakan di Port Dickson, malangnya setelah di buat perbandingan harga, didapati membebankan guru-guru yang mempunyai bilangan isi keluarga yang ramai. rumusanya adalah seperti dibawah:

purata harga apartmen RM250 sebilik, BBQ per person RM38..so, camne dengan pendapat ahli-ahli sekalian...walaubagaimanapun, projek ini tetap akan dijalankan juga tetapi dengan mencari alternatif lain..sabar-sabar ye